Bersedia untuk merealisasikan impian anda untuk menjadi usahawan?

Peluang untuk mendapat latihan dan dana bagi membangunkan syarikat anda. Memantapkan serta memperkukuhkan model perniagaan anda.

TENTANG KNEO

Program Khazanah Nasional Entrepreneurship Outreach (KNEO) yang dilaksanakan oleh Khazanah disasarkan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat dan potensi keusahawanan di Malaysia di samping melengkapkan bakal usahawan dengan latihan pengupayaan dan khidmat bimbingan tentang selok-belok industri melalui beberapa siri program Bootcamp dan Akselerator yang cukup terancang.

Siapakah yang layak ikut serta?

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, secara kumpulan dengan sekurang-kurangnya dua orang dalam satu kumpulan. Sila rujuk kepada lampiran Soalan Lazim untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada:

Produk/Perkhidmatan Berasaskan Teknologi
Kumpulan startup dalam kategori ini membawakan produk/perkhidmatan yang berasaskan teknologi, merangkumi perisian (software), perkakasan (hardware) atau gabungan kedua-duanya sekali

Produk/Perkhidmatan Bukan Berasaskan Teknologi
Kumpulan startup dalam kategori ini membawakan produk/perkhidmatan berbentuk fizikal untuk menembusi pasaran. Produk/perkhidmatan tersebut tidak semestinya berasaskan teknologi.

Keusahawanan Sosial
Kumpulan startup dalam kategori ini berunsur kemasyarakatan dan bercirikan pendekatan perniagaan untuk dibawakan ke dalam pasaran. Kategori ini terdiri daripada kumpulan yang berhasrat untuk menyumbang perkhidmatan berkaitan dengan keperluan asas masyarakat, ingin menangani masalah sosial dan merungkai isu alam sekitar.

Kenapa sertai KNEO?

Memantapkan Keupayaan Berniaga

Program ini dibentuk dengan cukup teliti agar peserta terpilih meraih sokongan yang mantap dalam aspek cadangan perniagaan mereka, memperkukuh keyakinan tentang model perniagaan, dan yang paling penting, membangunkan operasi perniagaan mereka.

Suntikan Dana Pihak Ketiga

KNEO akan memperlengkap setiap peserta terpilih dengan kemahiran tentang selok-belok perniagaan sebagai khidmat sokongan terhadap usaha mereka agar mereka mampu merealisasikan idea masing-masing kepada perniagaan yang berdaya maju dan kukuh. Hal ini akan menjadi daya penarik kepada pelabur tambah nilai (‘business angels’) dan/atau pelabur institusi untuk menanam modal dalam perniagaan Startup tersebut.

Geran

Setiap kumpulan yang terpilih mengikuti program Akselerator akan memperoleh dana RM20,000 menerusi pegangan 2% ekuiti daripada pihak kami dalam startup kumpulan tersebut. Selain itu, tiga (3) kumpulan terbaik pada akhir program ini akan menerima hadiah wang tunai RM30,00 setiap kumpulan.

6 Peringkat

Setiap kumpulan perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli. Peserta perlu mengisi borang permohonan berserta video pendek sepanjang 2 minit yang menceritakan tentang idea serta visi startup masing-masing.

PERINGKAT 1

PERMOHONAN

“Saya ada idea” atau “Saya sedang mengusahakan suatu idea”
Video 2 minit dihantar secara dalam talian

PERINGKAT 2

PEMILIHAN

"Saya mahu berkongsi idea!"
Pembentangan idea kepada pengadil dalam tempoh 5 minit

PERINGKAT 3

INKUBASI (BOOTCAMP )

"Saya bersedia memberikan komitmen"
Sesi Bootcamp selama 5 hari

PERINGKAT 4

AKSELERATOR

"Saya mahu memulakan perniagaan"
Bimbingan 3-bulan & Mentor Rakan Akselerator, dengan Geran Permulaan sehingga RM20,000.

PERINGKAT 5

GRADUASI

"Saya mahu mengembangkan perniagaan saya"
Hari Demo menampilkan kumpulan terbaik oleh setiap Rakan Akselerator

PERINGKAT 6

KESINAMBUNGAN

"Ini hanya permulaan"
Hadiah keseluruhan mencecah RM690,000 dan peluang memperoleh dana daripada pelabur lain

Rakan Strategik KNEO (Rakan Akselerator)

1337 Ventures

1337 Ventures (1337) ialah pemacu teknologi dan penyedia modal teroka yang memfokuskan pada pelaburan peringkat awal pre-seed (pembenihan) dan seed (percambahan) di Malaysia dan juga di Asia Tenggara. Rundingan bagi pelaburan pre-seed ini diuruskan menerusi program pra-akselerator yang dijalankan pada setiap suku tahun.

WatchTower and Friends

Visi yang disasarkan oleh WatchTower and Friends (WTF) adalah untuk membentuk sebuah ekosistem perniagaan startup yang berupaya mendorong percambahan lebih banyak aktiviti startup yang lain. Dengan bernaungkan tema 'We Start Things' (Kami Memulakan), WatchTower and Friends menawarkan rantaian aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan ekosistem startup.

CodeAr.my

Gandingan bertenaga yang berhasrat untuk merangsang perubahan dan mencetuskan impak positif kepada komuniti startup tempatan dan serantau menerusi penerapan dan pengamalan Metodologi Startup Terancang.

Soalan Lazim

Permohonan dibuka bermula pada 3 Oktober hingga 27 November (jam 11.59 malam).

Anda diminta untuk mengisi borang permohonan di laman sesawang kami dan muat naik video bertempoh maksimum 2 minit. Kandungan video tersebut adalah tentang idea perniagaan anda dan mengapa anda fikir idea ini akan berjaya. Penyertaan anda dikira tidak lengkap sekiranya anda tidak memuat naik video semasa anda menghantar borang penyertaan.

Tiada sebarang bayaran diperlukan untuk menyertai program ini. Bahkan, jika anda terpilih ke peringkat Akselerator, anda akan diberikan dana untuk permulaan sebagai pertukaran bagi pegangan ekuiti oleh pihak kami dalam entiti anda. Ertinya, kami menanam modal RM20 ribu dan sebagai pertukaran, kami akan memegang 2% pegangan ekuiti dalam entiti anda.

Hanya pengasas induk yang diwajibkan berwarganegara Malaysia. Pengasas bersama yang juga ahli kumpulan tidak disyaratkan berwarganegara Malaysia.

Tidak perlu. Asalkan pengasas startup anda adalah warganegara Malaysia, anda layak menyertai program ini. Anda tidak perlu mendaftarkan startup anda sebagai syarikat untuk menyertai program ini. Tetapi, sekiranya startup anda berjaya ke peringkat seterusnya, anda harus mendaftar entiti anda sebagai sebuah syarikat bagi membolehkan anda menerima dana daripada pihak kami dan sebagai pertukaran kepada pegangan ekuiti dalam syarikat anda.

Tidak boleh. Program ini hanya menerima startup dengan sekurang-kurangnya 2 ahli kumpulan. Sepanjang penglibatan dan pengalaman kami bekerjasama dengan pengasas tunggal, terlalu sukar untuk mereka melaksanakan idea secara berseorangan.

Boleh. Anda boleh menghantar sehingga tiga idea tetapi hanya satu idea yang akan dipilih untuk ke sesi ‘pitching’.

Program ini bersifat menyeluruh dan merangkumi tiga kategori iaitu: berasaskan teknologi, bukan berasaskan teknologi dan keusahawanan sosial.
1. Berasaskan teknologi – kumpulan Startup yang membawakan produk/ perkhidmatan yang berasaskan teknologi, merangkumi penghantaran melalui perisian (software), perkakasan (hardware) atau gabungan kedua-duanya sekali.
2. Bukan berasaskan teknologi – kumpulan startup yang membawakan produk/ perkhidmatan berbentuk fizikal untuk menembusi pasaran. Ia tidak semestinya berasaskan teknologi.
3. Keusahawanan sosial – kumpulan startup ini berunsurkan kemasyarakatan dan bercirikan pendekatan perniagaan untuk dibawakan ke dalam pasaran yang berhasrat untuk menyumbang perkhidmatan berkaitan dengan keperluan asas masyarakat, ingin menangani masalah sosial dan merungkai isu alam sekitar.

Program ini direka khusus agar menepati dan berpadanan dengan semua peringkat startup iaitu: percambahan idea (ideation), pengukuhan idea (validation), kecekapan (scale-up) dan pertumbuhan (growth).

Anda perlu terlebih dahulu menjalani peringkat Pemilihan (1 hari), Inkubasi (5 hari ), Akselerator (13 minggu, sepenuh masa) dan Hari Demo (1 hari). Program ini berbentuk saringan berterusan, kerana hanya kumpulan yang terbaik pada setiap peringkat akan berjaya ke peringkat seterusnya. Sila rujuk kepada butiran program untuk maklumat yang lebih terperinci. Berdasarkan pengalaman kami, kumpulan yang memberikan 100% komitmen dan fokus terhadap program ini akan menerima manfaat sepenuhnya, sekali gus mencapai kejayaan yang paling cemerlang.

Kami berpegang pada prinsip bahawa startup yang hebat lahir daripada 1% idea + 99% daya usaha. Kami juga berpendapat bahawa setiap orang mempunyai pelbagai idea hebat, namun hanya 1% sahaja yang benar-benar berusaha merealisasikan idea mereka. Rakan strategik kami di CodeArmy, WTF dan 1337 Ventures telah mendengar dan melihat bermacam-macam idea, malah, besar kemungkinan apabila anda mengemukakan idea anda nanti, mereka sudah pernah mendengar idea yang serupa. Kami tidak ingin mencuri idea sesiapa, kami hanya berhasrat untuk memberikan sokongan agar anda dapat mengetengahkan dan merealisasikan idea anda.

Inovasi BUKAN bererti penciptaan suatu idea baharu. Sebagai contoh, Apple bukanlah syarikat pertama yang menciptakan telefon pintar atau peranti tablet, akan tetapi, Apple terkenal sebagai sebuah syarikat yang inovatif. Terdapat pendapat yang menganggap kejayaan sesebuah perniagaan berkisar pada satu idea yang unik. Namun, hakikat sebenar ialah, Google bukanlah pencipta enjin carian yang pertama dan Facebook pula bukanlah pencipta platform jaringan sosial yang pertama.

Tidak. Sekiranya anda tidak serius untuk mengikuti keseluruhan program, anda digalakkan untuk tidak menyertai program ini. Program ini menuntut 100% keazaman yang kental dan komitmen daripada setiap peserta.

Tidak dan idea startup anda tidak semestinya berasaskan teknologi. Startup anda boleh berasaskan keusahawanan sosial ataupun idea yang bukan berasaskan teknologi.

Sudah tentu boleh, apa salahnya? Inilah ciri unik yang terdapat pada program ini, kerana ia menggabungkan jaringan sokongan dan pengalaman luas yang ada pada Code Army, WTF dan 1337 Ventures yang berpotensi mengembangkan dan mengangkat idea startup anda ke pasaran serantau (malah, tidak mustahil jika anda mampu menembusi pasaran antarabangsa).

Antara mutiara kata usahawan tersohor, Henry Ford ialah, “Kegagalan membuka peluang untuk kita memulakan langkah baharu yang lebih bijak”. Pasti ada hikmah di sebalik ujian kegagalan tersebut. Pengalaman yang ditimba menjanjikan peluang yang lebih cerah untuk startup anda yang seterusnya.

Kami menggalakkan pemilihan ahli kumpulan daripada latar belakang yang berbeza. Ingatlah, anda bukannya pergi bercuti atau berseronok beramai-ramai, jadi, anda dinasihatkan supaya jangan memilih ahli kumpulan atas dasar kawan dan persahabatan. Sebaliknya, pilihlah ahli kumpulan daripada latar kemahiran dan kompetensi yang berbeza agar dapat membantu anda mengembangkan idea startup tersebut dari titik A ke titik B. Untuk itu, kami hadkan bilangan ahli kumpulan kepada minimum dua orang pada peringkat awal ini.

Suatu sesi pembentangan idea yang mana setiap pasukan dikehendaki untuk membentangkan idea perniagaan mereka dalam tempoh masa yang terhad dan menjawab soalan yang diajukan oleh para juri.

Sudah tentu. Kami mahu bersua dengan setiap peserta yang akan terlibat dalam program kami.

Sesi pemilihan merangkumi 5 minit sesi pembentangan idea dan 5 minit sesi soal dan jawab. Anda digalakkan untuk menyediakan penerangan ringkas sepanjang 10 muka surat yang menyokong pembentangan idea anda.

Anda hanya perlu datang bersama-sama ahli kumpulan anda dan buktikan kemampuan anda kepada kami. Kami akan siapkan semua kelengkapan asas yang diperlukan untuk sesi pembentangan.

Kami akan menghubungi anda dan rakan kumpulan anda, sama ada menerusi e-mel atau panggilan telefon untuk memberitahu keputusan sesi pemilihan tersebut.

Kami menamakannya sesi Bootcamp 5-hari. Sepanjang 5 hari tersebut, sejumlah 90 kumpulan startup yang terpilih akan mengikuti sesi intensif dari pagi hingga ke larut malam untuk membincangkan masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Semua kumpulan terpilih akan menggembleng tenaga dan berganding bahu dari jam 9.00 pagi sehingga ke larut malam selama 5 hari berturut-turut. Inilah masanya kami dapat menyaksikan bagaimana setiap kumpulan startup bersama-sama mengharungi cabaran dan kesukaran biarpun diasak dengan tekanan yang hebat.

Hanya beberapa kumpulan startup yang terbaik sahaja yang akan layak ke peringkat Akselerator. Kami mahukan kumpulan yang mempunyai daya tarikan tersendiri, bersemangat kental dan tidak menyerah kalah. Pendek kata, kami mahukan yang Terbaik. Semasa sesi Inkubasi inilah, 30 kumpulan akan disaring untuk ke peringkat terakhir. Anda perlu buktikan kepada kami bahawa kumpulan anda memang Terbaik.

Rakan strategik Akselerator akan berbincang sesama mereka untuk memutuskan kumpulan manakah yang akan dipilih. Ini kerana ciri program setiap Akselerator perlu bersesuaian dengan idea startup setiap kumpulan menurut kategori masing-masing, sekali gus perbincangan dilakukan agar gandingan yang dibuat mampu menyerlahkan potensi terbaik untuk manfaat setiap kumpulan.

Anda disyaratkan mengikuti program Akselerator ini sepenuh masa. Kami tekankan 100% komitmen dan fokus daripada setiap peserta.

Program ini direka khusus agar setiap ahli kumpulan beroleh manfaat dan khidmat sokongan daripada setiap Akselerator yang dilantik secara terus dan hands-on. Semua ahli kumpulan dimestikan untuk hadir sepanjang program Akselerator dijalankan.

Lokasi akan ditentukan menurut kesesuaian rakan strategik Akselerator anda yang akan dilantik kelak.

Tempat penginapan tidak akan disediakan sepanjang program ini dijalankan. Justeru, anda perlu membuat perancangan penginapan sendiri dengan akses pengangkutan yang mudah bagi anda.

Ya, anda akan diberikan dana sejumlah RM20,000 sebaik sahaja terpilih ke peringkat Akselerator ini, dengan syarat, kami diberi pegangan ekuiti 2% dalam startup anda. Tiga kumpulan terbaik dan paling cemerlang pada akhir program akan menerima hadiah wang tunai RM30,000 setiap satu kumpulan.

Hari Demo ibarat peperiksaan akhir yang perlu anda duduki pada akhir program. Wakil daripada pelbagai syarikat, pelabur, mentor dan komuniti startup akan bersama-sama terlibat pada hari tersebut untuk menyemak prestasi setiap kumpulan dan yang paling penting, untuk meraikan segala usaha dan titik peluh yang telah anda curahkan.

Pada akhir tempoh program KNEO, iaitu pada bulan Mei 2018. Tarikh sebenar akan diumumkan kepada pasukan yang terpilih kelak.

Lokasinya akan diumumkan pada akhir program kelak, iaitu pada tahun 2018.

Boleh. Anda boleh menghantar permohonan untuk menghadirinya menerusi e-mel kepada hello@khazanahneo.com.my. Kami akan menghubungi anda sekiranya anda dipelawa. Namun, tempat adalah terhad dan ia diberi berdasarkan kepada siapa cepat, dia dapat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila e-melkan kepada: hello@khazanahneo.com.my.

Hubungi Kami

hello@khazanahneo.com.my

© 2017 KNEO. Hak Cipta Terpelihara.

Sebuah inisiatif oleh

Rakan Akselerator

Bersedia untuk menjadikan idea anda sebagai suatu perniagaan yang berjaya!
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami di hello@khazanahneo.com.my